Tuesday, 27 August 2013

Lebih 6 Juta Ahli Akan Nikmati Simpanan KWSP Lebih Tinggi - Inisiatif Baru Tingkatkan Dana Persaraan Ahli
Lebih daripada enam juta ahli aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mendapat manfaat daripada kadar caruman KWSP yang kekal tidak berubah sehingga umur 60 tahun, inisiatif yang akan meningkatkan simpanan persaraan mereka.
 
Berkuatkuasa mulai  gaji Ogos 2013, pekerja yang berumur sehingga 60 tahun akan menerima caruman KWSP 12 peratus daripada majikan (atau 13 peratus untuk pekerja yang bergaji bulanan RM5,000 dan ke bawah) manakala caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus. Sebelum ini, ahli yang berumur lebih 55 tahun dan majikan mereka hanya perlu mencarum separuh daripada kadar berkanun