Tuesday, 27 August 2013

Lebih 6 Juta Ahli Akan Nikmati Simpanan KWSP Lebih Tinggi - Inisiatif Baru Tingkatkan Dana Persaraan Ahli
Lebih daripada enam juta ahli aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mendapat manfaat daripada kadar caruman KWSP yang kekal tidak berubah sehingga umur 60 tahun, inisiatif yang akan meningkatkan simpanan persaraan mereka.
 
Berkuatkuasa mulai  gaji Ogos 2013, pekerja yang berumur sehingga 60 tahun akan menerima caruman KWSP 12 peratus daripada majikan (atau 13 peratus untuk pekerja yang bergaji bulanan RM5,000 dan ke bawah) manakala caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus. Sebelum ini, ahli yang berumur lebih 55 tahun dan majikan mereka hanya perlu mencarum separuh daripada kadar berkanun
 

Wednesday, 22 May 2013

Tiada Usia Yang Terlau Muda Untuk Merancang Pesaraan Awal

Dalam hidup ini, pelbagai pilihan perlu dibuat. Persoalannya ialah adakah anda membuat pilihan yang betul berkenaan dengan masa depan kewangan Anda? Anda mempunyai pilihan untuk merenacang dan melabur secepat mungkin untuk merancana persaraan yang terjamin. Atau anda boleh membuat keputusan untuk tidak merancang dan menghadapi kemungkinan terpaksa bekerja sehingga anda berusia 60-an.

###########################
Kami sedia membantu anda  membuat perancangan kewangan yang terbaik.

Al-Wasilah Planner Agency.

Monday, 16 July 2012

DUNIA KITA SENTIASA BERUBAH

Para pengkaji Universiti Havarrd pernah membuat tiga ramalan perihal masa hadapan. Menurut mereka,

Pertama, akan banyak perubahan pada tahun mendatang berbanding sebelumnya.
Kedua, akan lebih banyak peluang pada tahun hadapan berbanding tahun sebelumnya.
Ketiga, akan lebih banyak peluang dalam bidang kamu, apa jua bidang itu, berbanding sebelumnya. Namun peluang itu tidak akan sama dengan peluang dan aktiviti pada hari ini.

Ada satu ramalan: Dalam masa dua tahun lagi 72% daripada orang yang bekerja akan melakukan pekerjaan lain dalam syarikat yang sama ataupun syarikat lain. Dia akan memikul tanggungjawab lain yang memerlukan bakat dan kemahiran lain bagi mencapai hasil yang lain. Mereka yang gagal bertindak balas kepada cabaran perubahan paling menerima kesan dalam hal ini.

Kadar perubahan yang pantas ini pasti berlaku, tidak dapat dielakkan dan tidak dapat dihentikan. Keperluan utama Berjaya dalam kehidupan adalah dengan mengetahui cara menangani perubahan secara berkesan.