Para pengkaji Universiti Havarrd pernah membuat tiga ramalan perihal masa hadapan. Menurut mereka,
Pertama, akan banyak perubahan pada tahun mendatang berbanding sebelumnya.
Kedua, akan lebih banyak peluang pada tahun hadapan berbanding tahun sebelumnya.
Ketiga, akan lebih banyak peluang dalam bidang kamu, apa jua bidang itu, berbanding sebelumnya. Namun peluang itu tidak akan sama dengan peluang dan aktiviti pada hari ini.
Ada satu ramalan: Dalam masa dua tahun lagi 72% daripada orang yang bekerja akan melakukan pekerjaan lain dalam syarikat yang sama ataupun syarikat lain. Dia akan memikul tanggungjawab lain yang memerlukan bakat dan kemahiran lain bagi mencapai hasil yang lain. Mereka yang gagal bertindak balas kepada cabaran perubahan paling menerima kesan dalam hal ini.
Kadar perubahan yang pantas ini pasti berlaku, tidak dapat dielakkan dan tidak dapat dihentikan. Keperluan utama Berjaya dalam kehidupan adalah dengan mengetahui cara menangani perubahan secara berkesan.


No comments:
Post a Comment